Tuesday, January 5, 2010

Permulaan Sebuah Usaha

Setiap hari saya akan teringat mengenai masa hadapan. Masa yang tidak pasti bagaimana? apa? mengapa? bentuk kejadiannya. Tetapi yang pasti adalah lebih mencabar. Dalam kesibukan saya memikirkan mengenai masa hadapan itu, aku teringatkan sahabat-sahabat seagama yang semakin takut apabila saya melihat kehidupan mereka. Kadang-kadang aku merasa seolah-olah tidak berada di sebuah Negara Islam. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di bandar-bandar sahaja, malahan turut menusuk ke kampung-kampung yang majoriti penduduknya agak ketinggalan. Atas dasar itulah, saya cuba membuka laman ini agak dapat memberi sedikit-sebanyak input yang berguna kepada para remaja. Tabiat mereka yang gemar kepada dunia teknologi maklumat ini mungkin akan mendekatkan diri mereka kepada Allah. Saya berharap agak mukadimah usaha saya ini akan terus diperhalusi dari masa ke masa.Insyaallah.

No comments:

Post a Comment