"Aku mencintai kamu kerana agamamu.
Jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu."
(Adaptasi kata-kata Imam al-Nawawi)
Mukadimah kata saya pada hari ini memang seolah-olah seperti saya ini pembawa ajaran baru. Ingin saya jelaskan maudu' saya pada hari menggambarkan sikap jutaan manusia yang meyanjungi kalimah CINTA. Bagi mereka 'love is everything' dan panorama ini juga tak terkecuali mencalit kepada tubuh-tubuh hamba ALLAH yang termaktub di dalam kad pengenalan mereka istilah ISLAM pada agama mereka. Perlu kita fahami yang bahawa perasaan cinta itu adalah FITRAH manusia. Terdapat satu cerita yang menceritakan bahawa terdapat seorang sahabat yang melahirkan kesyukuran kepada Allah seusai diberitahu oleh sahabatnya yang anak dia telah jatuh cinta pada seorang wanita. Sebab apa? Kerana Allah telah meletakkan anaknya di dalam fitrah yang betul. Sememang fitrah manusia adalah golongan Adam menyukai golongan Hawa dan golongan Hawa juga menyukai golongan Adam. Tetapi yang perlu kita ingat adalah sesuatu fitrah itu apabila disusuli dengan noda-noda hitam yang Allah tidak redai, ia akan menjadi satu FITNAH. Atas dasar itulah Allah mensyariatkan perkahwinan agar kita memahami fitrah cinta itu. Sabda Rasulullah S.A.W :-
Maksudnya:"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya
hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah
seorang yang syahid"
(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailani, dan lain-lain)
Oleh itu, untuk apa kita menikmati percintaan sebelum perkahwinan? Bimbang ia akan menjadi tawar dan hambar. Tapi ingatlah apabila hilang barakah, hilanglah kemanisan. Saya ingin memberi contoh yang akan memberi kita pemahaman mengenai cinta ini. Terdapat seorang anak gadis yang sering kali keluar ber'dating' dengan teman lelakinya di tempat-tempat yang cantik. Jadi, apakah bezanya dengan setelah mereka berkahwin dan mereka pergi berbulan madu. Adakah perasaan mereka ketika itu masih seperti mula-mula mereka ber'dating' tadi. Adakah juga sentuhan teman lelaki mereka itu masih menjadi sesuatu yang indah seusai berkahwin. Walhal, hampir setiap hari mereka sudah berpegang tangan. Di sini terdapat satu saranan doa Rasulullah yang dapat kita amalkan di dalam doa kita.
Maksudnya: Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan kami dan
keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami
pemimpin orang-orang bertakwa.
(Surah al-Furqan 25:74)